Cara untuk menghubungkan atau mengaktifkan Kad Mesra anda di aplikasi Setel:
1. Luncurkan Setel
Daftar akaun Setel atau luncurkan aplikasi Setel. Di halaman utama, klik pada 'More' (Lagi) dan pilih 'Mesra Card' (Kad Mesra).
2. Aktifkan
Klik pada 'Activate' (Aktifkan) untuk mengaktifkan Kad Mesra maya anda.
3. Hubungkan
Jika anda mempunyai Kad Mesra fizikal, pilih butang 'Link Now' (Hubung Sekarang) di dalam aplikasi untuk menghubungkan Kad Mesra anda dan memindahkan mata ganjaran Mesra anda.
4. Selesai!
Anda kini boleh meraih, menyemak & menebus mata ganjaran Mesra untuk ganjaran menarik di aplikasi.
Cara untuk mengaktifkan Kad Mesra anda di setel.com:
1. Layari setel.com
Di setel.com/mesrarewards, daftar atau log masuk dengan nombor telefon mudah alih anda. Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke telefon anda.
2. Aktifkan
Klik pada nama pengguna anda dan pilih 'Mesra Card'. Klik pada 'Activate' untuk mengaktifkan Kad Mesra maya anda. Jika anda mempunyai Kad Mesra fizikal, hubungi sokongan pelanggan Setel untuk memindahkan mata ganjaran anda.
3. Selesai!
Selesai! Anda kini boleh meraih, menyemak & menebus mata ganjaran Mesra untuk ganjaran menarik di setel.com/mesrarewards.